17 September, 2010

Taman Herba Sekayu

Bertepatan dengan perkembangan masa kini, masyarakat hari ini gemar dengan ubat-ubatan tradisional selain daripada ubat-ubatan moden. Sejajar dengan perkembangan ini, Jabatan Pertanian  Hulu Terengganu telah membuka kawasan yang di tanam dengan pokok-pokok herba  yang terletak dalam kawasan Hutan Lipur Sekayu. Semasa anda menapak untuk sampai ke Hutan Lipur Sekayu ,anda akan melalui Taman Herba yang di penuhi dengan berbagai spesis pokok herba seperti  Mas Cotek, Tongkat Ali, Serai Wangi dan sebagainya. Ini adalah untuk memberi pengetahuan dan memupuk kesedaran kepada pengunjung mengenai tunbuhan yang boleh di jadikan ubat tradisional yang perlu dipelihara.


Lanskap yng dipenuhi dengan pokok-pokok herba

Kawasan yang di penuhi dengan pokok-pokok herba.Kadangkala pokok-pokok herba ada yang tumbuh melata di tepi-tepi rumah kita malangnya kita tak pernah ambil tahu

Tengok aje boleh, jangan nak petik nak buat ubat pulak. Silap-silap boleh mabuk

Macam berada kat luar negara pulak !
Kalau masuk dalam kawasan ini anda akan menghidu wangian dari pokok-pokok yang mengeluarkan bau yang wangi yang terdapat di sini

Taman Pertanian Sekayu

Taman Pertanian Sekayu telah di bangunkan sejak 25 tahun yang lalu oleh Jabatan Pertanian Negeri Terengganu. Ia menjadi taman agro tumpuan penduduk tempatan dan pelancong luar. Di sini anda akan disajikan dengan pelbagai spesis bunga di taman bunga, kebun buah-buahan, kolam buatan untuk berkayak dan memancing,kolam mandi, taman burung dan sebagainya. Di kaki bukit pula di lengkapi dengan taman permainan kanak-kanak. Bagi yang inginkan aktiviti berkelah, di tepi anak-anak sungai amat sesuai untuk berkelah dan berkhemah.


Pintu masuk yang unik menyambut para pengunjung ke Taman Pertanian Sekayu

Lanskap yang indah di tepi pintu utama

Manggis ni beso sangatlah, takut pulak nak makan! Arca yang menunjukkan buah-buahan tempatan

Kolam buatan untuk aktiviti berkayak dan memancing tetapi ia di buka pada hari minggu dan hari cuti umum

Kolam mandi yang berada di atas bukit dipenuhi bukan sahaja kanak-kanak tetapi ibubapa juga.

Tak puas-puas lagi ke mandi, balik lah, dah maghrib ni !
Burung kasawari atau burung unta ini sentiasa menunggu kedatangan pengunjung yang datang nak melawat mereka

Air Terjun Sekayu

Kekadang kalau minda sudah terasa penat untuk mentelaah pelajaran, terasa juga untuk beristirehat di suatu tempat yang sejuk sambil menghayati deruan air terjun yang menyegarkan. Hutan Lipur Sekayu adalah satu pilihan yang bijak untuk destinasi percutian bersama keluarga. Hutan Lipur ini meskipun jauh dari bandar iaitu 16 km dari bandar Kuala Berang dan 56 km dari pusat bandar Kuala Terengganu, namun amat berbaloi kalau datang berkelah di sini. Kalau di hari biasa hanya nyanyian cengkerik yang kedengaran, tetapi berlainan dengan hari minggu dan pada cuti umum. Ia akan di penuhi dengan pengunjung untuk berkelah dan mandi-manda. Di antara infrastruktur dan kemudahan-kemudahan berekreasi yang telah disediakan seperti tempat penginapan, tapak perkhemahan, taman permainan, pondok rehat, kebun buah-buahan, kolam ikan dan sebagainya.

Pintu gerbang di pintu masuk ke Hutan Lipur Sekayu menandakan kita telah sampai ke destinasi


Sampai saja anda di bandar Kuala Berang, anda boleh belok ke Persimpangan Sekayu

Setelah meletakkan kenderaan anda di tempat yang disediakan,anda perlu menapak untuk sampai ke air terjun

Sebelum mandi salinlah pakaian dulu, takkan nak terjun dengan baju kurung kot !

Sungguh sejuk dan nyamannya air terjun Sekayu.Tentu tak puas kalau sekali berkunjung

Memorial Batu Bersurat

Penemuan Batu Bersurat pada tahun 1887 di tepi sungai Padang Tara, Kampung Buloh, Kuala Berang membuktikan Terengganu adalah negeri yang terawal menerima Islam di Semenanjung Tanah Melayu. Pada masa ini Batu Bersurat tersebut dipamerkan di Muzium Negeri untuk membolehkan generasi hari ini melihat dengan lebih dekat mengenai sejarah batu tersebut. Kerajaan Negeri Terengganu telah mewujudkan Memorial Batu Bersurat di Kuala Berang tempat penemuan batu tersebut sebagai tempat kajian dan kunjungan penduduk tempatan dan pelancong untuk melihat replika batu bersurat. Batu Bersurat yang sebenarnya telah di tempatkan di Muzium Negeri Terengganu.

Simpang dari Bandar Kuala Berang ke Kampung Buloh, dimana Memorial Batu Bersurat dibina

Pintu masuk ke Memorial Batu Bersurat

Cerita mengenai kebenaran Batu Bersurat yang dijumpai di kawasan ini, semuanya boleh dibaca di papan tanda ini

Replika Batu Bersurat yang boleh di kunjungi oleh para pelancong di bina untuk memperingati tempat pertemuan batu bersurat tersebut

Tasik Keyir

Tasik Kenyir terletak kira-kira 55km dari bandar Kuala Terengganu. Tasik buatan manusia yang terbesar di Asia Tenggara ini merentasi 260,000 hektar. Jeti Gawi ialah pintu masuk utama ke Tasik Kenyir. Jeti ini mempunyai perkhidmatan bot untuk membawa penumpang mengelilingi pulau-pulau di Tasik Kenyir dan juga membawa penumpang ke resort-resort yang di sediakan. Tasik Kenyir merupakan kawasan percutian yang popular bagi pengunjung yang ingin merasai pengalaman berada di dalam hutan yang di kelilingi tasik.Di sini juga adalah syurga bagi kaki panjing kerana di tasik ini terdapat pelbagai spesis ikan sungai seperti Baung, Kelah, Toman, Kelisa dan Lampan. Aktiviti lain yang boleh di lakukan di sini seperti kayak, trek hutan, mandi di air terjun dan sebagainya. Bagi yang inginkan cabaran dan keseronokan untuk mandi bersama ratusan ribu kelah, anda boelh berkunjung ke Kelah Santuari Sungai Petang, kira-kira 21km dari jeti Pengkalan Gawi. Cabarannya ialah kerana terpaksa berentasi hutan kira-kira 45 minit untuk sampai ke sana namun pulangannya amat berbaloi kerana mandi dan menangkap ratusan ribuan kelah hanya dengan tangan.


Jalan yang menuju ke Tasik kenyir

Papan tanda yang menunjukkan simpang masuk ke Tasik Kenyir

Rumah-rumah bot yang di sediakan di Jeti Gawi boleh di sewa oleh para pengunjung untuk mengelilingi pulau atau memancing

Aktiviti perkhemahan juga sesuai di adakan di sini bagi pelajar-pelajar atau penuntut-penuntut universiti supaya dapat merasai suasana yang berlainan dari dalam kampus atau sekolah


Tidak ketinggalan juga taman permainan untuk pengunjung-pengunjung kecil

Tapak perkhemahan yang di sediakan. Biasanya pelajar-pelajar yang datang ke sini ialah untuk menyertai Kem Motivasi

Jagung Kampung Gaung

Kampung Gaung yang terletak kira-kira 2km dari bandar Kuala Berang memang terkenal dengan gerai-gerai menjual jagung. Kalau terasa mengidam nak makan jagung madu, di sinilah tempatnya. Jagung -jagung yang di jual di sini, ada yang telah direbus dan boleh juga dibeli jagung yang mentah sebagai buah tangan untuk di bawa pulang


Deretan gerai-gerai yang menjual jagung yang  samada telah direbus dan yang masih mentah


Selain jagung, kacang tanah yang telah siap direbus juga ada di sini

Gerai-gerai ini terletak sepanjang jalan Kampung Gaung

Bandar Kuala Berang

Kuala Berang merupakan satu daerah yang terpencil di Hulu Terengganu. Kuala Berang mula di kenali setelah adanya projek hidroelektrik Kenyir. Kini tasik buatan manusia itu yang terletak di daerah Kuala Berang ini telah menjadi destinasi pelancongan yang terkenal di Terengganu. Daerah ini juga terbukti merupakan tempat terawal menerima Agama Islam di Semenanjung Tanah Melayu berdasarkan catatan pada Batu Bersurat yang bertarikh 1302M ( 702H ) yang di jumpai di Kampung Buloh, Kuala Berang.


Infrastruktur yang sempurna memajukan ekonomi Bandar Kuala Berang yang padat dengan deretan gedung-gedung perniagaan

Bandar Kuala Berang membangun dengan pesat dengan adanya Tasik Kenyir yang menjadi tarikan utama pelancong ke Kuala Berang

16 September, 2010

Taman Tasik Tanjung Sura

Masa untuk sehari mungkin tidak sempat untuk selusuri tempat-tempat yang menarik di Bandar Dungun. Satu lagi tempat yang perlu kita singgah ialah di Taman Tasik Tanjung Sura. Lokasinya yang di tepi sungai membuatkan hati rasa terpaut untuk singgah apatah lagi sesuai untuk melepaskan lelah buat seketika.


Nak beriadah pun apa salahnya, keluarkan peluh pada waktu petang menyihatkan tubuh badan

Kalau mata dah mengantuk, landing ajelah kat sini, itu pun kalau tak malu....


Sepanjang jalan menyusuri sungai, sungguh nyaman sekali

Boleh memancing tak kat sini ? Wah, seronoknya !

Taman Rekreasi Kuala Dungun

Selain pantai-pantai yang menarik, bandar Dungun yang terletak berhampiran muara Sungai Dungun tidak terkecuali dengan  keindahan Taman Rekreasinya. Lokasinya yang bersebelahan muara sungai membuatkan pengunjung yang singgah di sini tidak merasa kerugian. Dengan prasarananya yang cantik,  membuatkan hati terasa berat untuk meninggalkannya.


Kelengkapan prasarananya mencantikkan lagi Taman Rekreasi ini

Masih dalam pembinaan

Tempat pejalan kaki untuk bersantai

Pantai Teluk Lipat

Pantai Teluk Lipat yang terletak bersebelahan Pantai Teluk Gadong, Dungun Terengganu, bukan sekadar terkenal dengan keindahannya, malah ia turut menjadi tumpuan penduduk tempatan dan luar untuk memancing dan menjala ikan. Pantai Teluk Lipat pernah menjadi gelanggang pusingan akhir Grand Slam GP Joran 2009. Ia juga turut menjadi lokasi pertandingan menjala ikan sempena Karnival Candat Harian Metro 2010.


Kalau anda bercadang ke Pantai Teluk Lipat, jagan lupa bawa batang pancing kerana memancing sekali, jarang sekali tak bawa balik hasilnya

Kalau ayah dah leka memancing,anak-anak pula leka dengan taman permainan

Tidak perlu risau kalau perut lapar kerana banyak gerai-gerai yang disediakan

Keindahan Pantai Teluk Lipat yang menjadi igauan kaki pancing