16 September, 2010

Sura Gate

Dungun merupakan sebuah daerah dalam Negeri Terengganu. Bandar Dungun terletak 74 km dari selatan bandar Kuala Terengganu dan memiliki rupa bandar yang menarik selaras dengan lokasinya di kuala sungai. Kuala sungai ini suatu ketika dahulu merupakan sebuah pelabuhan dan menjadi laluan pintu keluar masuk bagi industri perlombongan bijih besi di Bukit Besi iaitu pendalaman Dungun. Ketika itu penduduk tempatan melibatkan diri sebagai pelombong dan peniaga. Namun apabila lombomg ini di tutup, ekonomi penduduk bertukar kepada perikanan. Oleh itu Kuala Dungun berfungsi sebagai pendaratan ikan dan berkembang menjadi sebuah bandar. 



Mercu tanda bagi bandar Dungun iaitu replika kepala keretapi yang membawa maksud perlombongan bijih besi yang telah menjadi sejarah bagi penduduk Dungun