17 September, 2010

Tasik Keyir

Tasik Kenyir terletak kira-kira 55km dari bandar Kuala Terengganu. Tasik buatan manusia yang terbesar di Asia Tenggara ini merentasi 260,000 hektar. Jeti Gawi ialah pintu masuk utama ke Tasik Kenyir. Jeti ini mempunyai perkhidmatan bot untuk membawa penumpang mengelilingi pulau-pulau di Tasik Kenyir dan juga membawa penumpang ke resort-resort yang di sediakan. Tasik Kenyir merupakan kawasan percutian yang popular bagi pengunjung yang ingin merasai pengalaman berada di dalam hutan yang di kelilingi tasik.Di sini juga adalah syurga bagi kaki panjing kerana di tasik ini terdapat pelbagai spesis ikan sungai seperti Baung, Kelah, Toman, Kelisa dan Lampan. Aktiviti lain yang boleh di lakukan di sini seperti kayak, trek hutan, mandi di air terjun dan sebagainya. Bagi yang inginkan cabaran dan keseronokan untuk mandi bersama ratusan ribu kelah, anda boelh berkunjung ke Kelah Santuari Sungai Petang, kira-kira 21km dari jeti Pengkalan Gawi. Cabarannya ialah kerana terpaksa berentasi hutan kira-kira 45 minit untuk sampai ke sana namun pulangannya amat berbaloi kerana mandi dan menangkap ratusan ribuan kelah hanya dengan tangan.


Jalan yang menuju ke Tasik kenyir

Papan tanda yang menunjukkan simpang masuk ke Tasik Kenyir

Rumah-rumah bot yang di sediakan di Jeti Gawi boleh di sewa oleh para pengunjung untuk mengelilingi pulau atau memancing

Aktiviti perkhemahan juga sesuai di adakan di sini bagi pelajar-pelajar atau penuntut-penuntut universiti supaya dapat merasai suasana yang berlainan dari dalam kampus atau sekolah


Tidak ketinggalan juga taman permainan untuk pengunjung-pengunjung kecil

Tapak perkhemahan yang di sediakan. Biasanya pelajar-pelajar yang datang ke sini ialah untuk menyertai Kem Motivasi