13 September, 2010

Masjid Kristal

Masjid Kristal merupakan sebuah masjid yang terletak dalam kawasan pelancongan Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man,Terengganu .Lokasinya hanya 4km dari pusat bandar dan kalau melalui sungai, anda boleh menaiki bot dari Pulau Duyong ke jeti Pulau Wan Man.Masjid ini dibina daripada kaca dan keluli merupakan  masjid pintar pertama di Malaysia .Boleh memuatkan 700 jemaah pada satu-satu masa. Ia dilengkapi dengan prasarana teknologi maklumat dan liputan WiFi yang membolehkan pengunjung menggunakan kemudahan akses internet bagi membaca al-Quran elektronik.

Selain daripada Masjid Kristal, TTI juga menempatkan replika 21 buah monumen masjid dari seluruh dunia untuk anda rasai sendiri kehebatan senibina Islam

Selain dari kehebatan rekabentuknya kedudukan Masjid Kristal yang di kelilingi air menjadi tarikan utama pengunjung

Pemandangan indah di perkarangan Masjid Kristal

Pengunjung yanmg datang tidak kira tua atau muda, pelancong luar dan juga tempatan
Pemandangan dari dalam Masjid Kristal