15 September, 2010

Pantai Bukit Keluang

Satu lagi tempat peranginan yang berada 4km dari Pekan Kuala Besut ialah Pantai Bukit Keluang. Dengan pasir pantai yang bersih dan bukit yang tersergam indah, ia menjadi sumber tarikan semulajadi kepada para pengunjung yang berkunjung kesini. Keindaham pulau-pulau kecil yang boleh dilihat dari kejauhan, menjadikan Pantai Bukit Keluang sebagai destinasi pelancongan yang cukup terkenal bagi para pengunjung samada dari dalam dan luar Terengganu.



Gerai-gerai jualan antara kemudahan-kemudahan yang terdapat di Pantai Bukit Keluang

Pokok-pokok Rhu ini seolah melambai - lambai memanggil untuk mengunjungi Pantai Bukit Keluang ini

Di dalam bukit ini terdapat gua untuk pengunjung berteduh dan melakukan aktiviti barbeque

Jambatan kayu tempat pejalan kaki menyusuri kaki  Bukit Keluang antara tarikan untuk para pengunjung

Kebiruan air lautnya serta pemandangan dari atas bukit saujana mata memandang


Antara kemudahan yang di sediakan ialah taman permainan yang di sediakan untuk kanak-kanak