15 September, 2010

Pulau Perhentian

Pulau Perhentian terletak lebih kurang 20 km ke timur laut Kuala Besut, Terengganu. Pulau ini adalah di antara pulau-pulau yang terindah di Terengganu yang menjadi tumpuan pelancong asing. Pulau Perhentian merangkumi Pulau Perhentian Besar, Pulau Perhentian Kecil, Pulau Susu Dara dan pulau-pulau kecil yang lain. Hampir kesemua kemudahan terdapat di kawasan penempatan Pulau Perhentian Kecil. Antara aktiviti yang boleh di lakukan di sini ialah snokel, berkayak dan berenang. Selain dari itu tapak perkhemahan jyga di sediakan bagi yang merasa keseronokan berkhemah.


Jeti yang menempatkan bot-bot yang membawa penumpang ke Pulau Perhentian

Berkayak adalah salah satu aktiviti yang boleh di lakukan di Pulau Perhentian. Jangan nak suka-suka sangat nanti duka pula jadinya

Aku selalu terfikir macamana batu-batu ni boleh tersusun indah begini. Inilah kebesaran yang Maha Pencipta
Tapak perkhemahan juga di sediakan bagi pelajar- pelajar yang ingin melakukan aktiviti berkhemah