28 August, 2010

Pemandangan dari puncak Bukit Puteri

Ini adalah beberapa pemandangan yang dapat dilihat dari puncak Bukit Puteri
Terasa rugi kalau berkunjung ke Terengganu tanpa mendaki puncak Bukit Puteri. Pendakian anda akan di temani dengan angin sepoi-sepoi bahasa yang nyaman sekali.

Meriam Beranak - Ketika saya masih kecil, ayah saya pernah memberitahu meriam ini digunakan untuk menandakan waktu berbuka puasa dan imsak. Betul keee??
Pemandangan dari atas Bukit Puteri. Kelihatan jeti yang bersebelahan Pasar Kedai Payang untuk menaik dsan menurunkan penumpang cruise

Tempat pejalan kaki mendaki ke Bukit Puteri. Tak adalah tinggi sangat sampai sakit lutut !

Mendaki sambil menghirup udara segar di kemuncak bukit

Kelihatan taman yang bersebelahan dengan Pejabat Pos dan berhadapan dengan Istana Maziah dari atas puncak Bukit Puteri.

Bazar Warisan

Bazar Warisan merupakan salah satu senibina  tradisional Terengganu. Ia merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan untuk meniktirafkan Terengganu sebagai sebuah bandaraya. Selain daripada rekabentuk komplek yang unik, ia juga mempamerkan senibina yang dapat menyeri dan mengindahkan lagi bandaraya Terengganu. Lokasi pembinaan Bazar yang terletak di pinggir muara sungai serta bersebelahan dengan Pasar Besar Kedai Payang, dilihat bertepatan dengan matlamat kerajaan yang mahu menjadikan Terengganu sebagai Bandaraya Pesisir Pantai.



Kelihatan Komplek Bazaar Warisan yang tersergam indah di kejauhan menambahkan keindahan pemandangan di Bandaraya Kuala Terengganu


Pintu Gerbang Komplek Bazar Warisan menunjukkan senibina yang menjadi lambang kemegahan rakyat Terengganu

Bas Bandar Ke Chendering

Bas Bandar Ke Chendering akan menyusuri jalan-jalan yang menuju ke Chendering. Pelancung akan melihat pemandangan indah dengan bas yang berhawa dingin.Tambangnya yang murah iaitu Rm 2 untuk perjalanan pergi dan balik. Bas ini akan melalui Lagun Kuala Ibai, Komplek Arfa Batek dan Pusat Kraftangan di Chendering

 Diantara penumpang yang menaiki Bas Bandar ke Chendering


Kelihatan Hospital Sultanah Nur Zahirah di laluan Bas Bandar ke Chendering.


Lagoon Kuala Ibai juga mengandungi pemandangan yang menarik
Anda juga berpeluang melihat Istana Badariah tempat kediaman rasmi Sultan Terengganu

  Stadium tertutup Negeri Terengganu berhadapan Hospital Sultanah Nur Zahirah








Bas Bandar ke Gong Badak

Bas Bandar adalah salah satu perkhidmatan pengangkutan yang memberi peluang kepada para pelancung  dari dalam dan luar Negeri Terengganu untuk meronda-ronda Bandaraya Kuala Terengganu.Bas yang bercirikan Tradisional Terengganu akan membawa pelancung menikmati keindahan Negeri Terengganu. Bas Bandar yang kelihatan dalam gambar ini membawa pelancung dari Taman Syahbandar ke Gong Badak.

Sebahagian pelancung yang menuggu penumpang lain menaiki Bas Bandar


Laluan ke Gong Badak melalui Jambatan Sultan Mahmud

Taman Awam Batu Burok

Satu lagi lokasi menarik yang mesti anda kunjungi ialah Taman Awam Batu Burok. Ianya terletak hanya 3km  dari pusat bandar. Sambil mendengar deruan ombak yang menerjah pantai, anda juga boleh menikmati keropok goreng dan makanan laut yang dicelup tepung di gerai-gerai berhampiran. Jangan lepaskan peluang untuk menunggang kuda atau menaiki kereta kuda yang ada di Pantai Batu Burok.
Pemandangan di Taman Awam Batu Burok yang akan di penuhi dengan para pengunjung pada waktu petang dan hujung minggu
Pentas persembahan untuk aktiviti-aktiviti kebudayaan yang selalu di adakan pada hujung minggu dan musim cuti
Taman Awam Batu Buruk bolewh di jadikan tempat melepak bersama rakan-rakan, bersantai bersama keluarga,beriadah pada waktu petang dan banyak lagi aktiviti-aktiviti yang boleh di lakukan di sini




Kenapalah masa aku kecik-kecik dulu tak banyak pulak tempat -tempat permainan macam ni...!










Dataran Syahbandar

Dataran Syahbandar merupakan satu tempat istirehat yang strategik ditengah-tengah bandaraya Kuala Terengganu. Setelah berpenat lelah membeli belah di Pasar Kedai Payang, kita boleh menikmati angin sepoi-sepoi bahasa di Dataran Syahbandar yang letaknya di tepi Sungai Kuala Terengganu. Kalau anda bernasib baik, anda akan berpeluang melihat aktiviti-aktiviti kesenian atau festival-festival penting yang kerap diadakan di tapak Dataran Syahbandar.


T'Shoppe - Didalam perahu ini terdapat berbagai jenis kuih
dan kraftangan tradisional Terengganu

Di sini juga terdapat tandas Eksklusif bertaraf 5 bintang.
Kalau rasa mengantuk, anda juga boleh tidur di sini kerana
kebersihannya di tahap maksimum.

Tapak aktiviti di Dataran Syahbandar.

Kepada kaki pancing, disini juga menjadi salah satu tumpuan untuk memancing.

Peninggalan sejarah rumah api dan juga tempat melepaskan lelah bersama keluarga.

Kembara Belia 2010

Kembara Belia 2010 anjuran Universiti Teknologi Malaysia (UiTM) Terengganu telah berlangsung pada 21 Julai 2010 di Taman Awam Batu Burok. Sebanyak 100 motosikal yang mewakili penuntut UiTM dan belia telah menyertai KBT 2010 ini. KBT 2010 juga turut disertai oleh pelbagai jenis motosikal termasuk motosikal berkuasa tinggi, kereta mewah dan kereta rali. Ianya akan menjelajah keseluruh negeri termasuk Marang, Kuala Terengganu, Hulu Terengganu, Setiu dan Kemaman. Program julung kali diadakan itu selain mendedahkan kepada mahasiswa dan belia kepada aktiviti kemasyarakatan, ia juga untuk mempromosikan UiTM sendiri ditempat persinggahan kembara.



Belia-belia dan penuntut- penuntut UiTM yang mengambil bahagian dalam Kembara Belia ini. Best juga kalau aku dapat mengikuti aktiviti ini tapi sayangnya belum cukup umur 


 Pertunjukan kereta ralli ini sungguh menakjubkan. Berasap tayar kereta tatkala membrek