15 September, 2010

Waterfront

Taman Rekreasi Waterfront dibina di tepi Sungai Terengganu menghala ke Jambatan Sultan Mahmud. Taman Rekreasi Waterfront di Pulau Kambing ini, kini menjadi salah satu tempat kunjungan ramai khususnya di hujung minggu.Antara kemudahan yang terletak di Waterfront  untuk keselesaan pengunjung seperti tempat letak kenderaan, menara jam, tandas,pondok bersantai dan sebagainya. Jaraknya yang  hampir 2 km dari bandaraya Kuala Terengganu menjadikan ia tempat persinggahan pelancong. Taman Waterfront juga amat digemari oleh kaki pancing kerana persekitarannya yang tenang dan nyaman.


Menara jam tersergam indah di Taman Rekreasi Waterfront

Restoran yang terletak di tepi sungai dan mengadap ke Jambatan Sultan Mahmud memberi panorama indah pada waktu malam