13 September, 2010

Pantai Teluk Ketapang

Pantai Teluk Ketapang terletak berhampiran dengan Lapangan Terbang Sultan Mahmud. Selain daripada keindahan pantainya, ia turut menawarkan pelbagai aktiviti seperti memancing, menunggang kuda dan bermain layang-layang. Pengunjung bukan sahaja dapat melihat keindahan panoramanya tetapi juga dapat menikmati makanan istimewa iatu makanan laut yang dicelup tepung.

Taman permainan kanak-kanak juga turut disediakan.