Kalau berkunjung ke Terengganu , tak dapat pekena Nasi Dagang memang tak sah. Nasi Dagang adalah makanan tradisional Terengganu yang tak perlu di perkenalkan lagi. Biasanya Nasi Dagang bukan sahaja menjadi sarapan utama bagi orang Ganu tetapi menu utama dalam majlis-majlis jamuan dan rumah terbuka.. Nasi Dagang akan dimakan dengan gulai ikan tonggkol atau orang Ganu panggil ikan Aya. Pergilah mana-mana kedai atau warong untuk sarapan, anda akan di hidangkan dengan NASI DAGANG