Dataran Syahbandar merupakan satu tempat istirehat yang strategik ditengah-tengah bandaraya Kuala Terengganu. Setelah berpenat lelah membeli belah di Pasar Kedai Payang, kita boleh menikmati angin sepoi-sepoi bahasa di Dataran Syahbandar yang letaknya di tepi Sungai Kuala Terengganu. Kalau anda bernasib baik, anda akan berpeluang melihat aktiviti-aktiviti kesenian atau festival-festival penting yang kerap diadakan di tapak Dataran Syahbandar.
T'Shoppe - Didalam perahu ini terdapat berbagai jenis kuih dan kraftangan tradisional Terengganu |
Di sini juga terdapat tandas Eksklusif bertaraf 5 bintang. Kalau rasa mengantuk, anda juga boleh tidur di sini kerana kebersihannya di tahap maksimum. |
Tapak aktiviti di Dataran Syahbandar. |
Kepada kaki pancing, disini juga menjadi salah satu tumpuan untuk memancing. |
Peninggalan sejarah rumah api dan juga tempat melepaskan lelah bersama keluarga. |