Zoo Kemaman ?Apalah sangat Zoo Kemaman ni ? Bunyi macam kecil je! Itulah yang terlintas di mindaku apabila famili mengajak aku melawat Zoo Kemaman. Lokasinya terletak di Kampung Ibok, iaitu 14 km dari Bandar Cukai. Untuk ke sana boleh melalui jalan darat iaitu Jalan Mak Chili- Ibok atau Jalan Kerteh- Ibok, manakala jalan air iaitu melalui Sungai Yak Yah. Sesampai sahaja di sana, tengok aje pintu gerbangnya , nampak macam hebat. Selepas membeli tiket, kami terus di bawa menaiki Buggy atau trem untuk membawa kami ke dalam zoo.Pemandangan yang mempesonakan dengan tumbuhan semujadi dan kicauan burung-burung Nampaknya sangkaan ku meleset. Memang tidak rugi berkunjung ke sini. Inilah satu-satunya Zoo yang ada di Zon Pantai Timur.Bila dah masuk ke dalam, teruja yang amat sangat. Bermacam-macam habitat binatang boleh di lihat. Disamping itu, ada juga taman buah-buahan ,taman herba semulajadi, taman orkid dan bermacam taman lagi. Yang penting sekali zoo ini ada taman tema air untuk yang ingin berenang dan menggelosor air. Kalau ada peluang, ingin sekali datang lagi ke Zoo Kemaman.
Pemandangan dari luar pagar Zoo Kemaman
Kalau nak masuk, rujuk harga tiket yang terpapar di sini. Bawa duit lebih sikit untuk mandi kolam dan membeli makanan yang di jual kat dalam zoo.
Seronok sungguh menaiki buggy atau trem yang membawa kami meronda-ronda di sekitar zoo