22 September, 2010

Pulau Redang

 Pulau Redang adalah di antara 10 pulau yang terindah di dunia.Terletak kira-kira 45km dari pinggir pantai Kuala Terengganu. Untuk sampai ke Pulau Redang, pengunjung perlu menaiki bot dari jeti Merang atau jeti Kuala Terengganu. Perjalanan akan mengambil masa selama 1 jam dari jeti Kuala Terengganu dan 50 minit dari jeti Merang.Pulau Redang memang terkenal dengan  kecantikan batu karangnya.Bila matahari bersinar memancarkan cahaya menembusi air laut, kelihatan jelas terumbu karang yang beraneka jenis dan ikan -ikan yang berwarna-warni. Bagi yang gemarkan aktiviti menyelam atau skuba, di sinilah tempat yang paling sesuai untuk mempraktikkannya.Antara aktiviti lain yang di tawarkan di sini ialah berenang, menyelam, snokel, menaiki keno dan menaiki bot. Oelh kerana Pulau Redang telah di wartakan sebagai taman laut, aktiviti memancing tidak dibenarkan di sini sejauh 3.2km.





Pulau Kapas

Pasirnya yang putih umpama kapas, airnya yang jernih bak kristal, berkilauan bila di sinari sang mentari. Liuk lintuk dedaun kelapa bila di tiup sang bayu seolah -olah menggamit pengunjung agar berkunjung ke Pulau Kapas yang terkenal di Marang, Terengganu.Lokasinya hanya 6km dari Pantai Marang dan mengambil masa selama 30 minit dari Jeti Marang untuk sampai ke Pulau Kapas.
Pulau ini amat sesuai untuk bersantai dan menenangkan minda.Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh memenuhi percutian anda umpamanya snokel, menyelam, berenang , kayak dan memancing. Mungkin anda tidak akan jemu unrtuk berkunjung lagi ke Pulau Kapas yang indah ini.



Pemandangan Pulau Kapas dari Pantai Marang. Nampak macam dekat, tapi kalau berenang belum tentu sampai

Butir - butir pasir di Pulau ini putih bak kapas menambahkan keinginan untuk sampai ke sana

Zoo - Siri 6


Lanskap untuk masuk ke Taman Burung ini menarik sekali sesuai untuk habitat semulajadi burung

Taman burung ini menempatkan berbagai jenis burung-burung. Bermacam-macam pula bunyinya.

Ada burung yang di lepas bebas terbang di dalam jaring yang besar tapi ada juga yang di tempatkan dalam sangkar cantik

Tengok boleh di pegang jangan.....

Ni, nak tengok burung ke nak main sms ? Rugi betul bawa budak-budak ni !

Yang paling menrik perhatian di pintu masuk Zoo ini , ada seekor burung tiong emas yang pandai berkata-kata. Burung Tiong ni asyik-asyik nak telefon Pak Abu aje.

Zoo - Siri 5

Taman permainan ini sesuai untuk kanak-kanak tapi budak-budak ni kena selalu di pantau, takut sesat pula kat hutan ni !.



Taman orkid ini menempat berbagai jenis orkid. Eloknya anak-anak pokok orkid ini di buka untuk jualan sebab ramai pengunjung yang meminati orkid. Salah seorangnya mak saya lah !

Kura-kura dan buaya ini menarik perhatian kanak-kanak yang berkunjung.

Zoo - Siri 4

Kaunter tiket untuk mandi kolam ni di sediakan di hadapan kolam renang

Kalau dah penat melawat binatang dalam zoo, anda boleh pergi ke taman tema air untuk mandi -manda dalam kolam yang di sediakan tapi bawa duit lebih kerana nak mandi kolam ni kena bayar...

Ikut hati rasa nak terjun dalam kolam ni tapi baju basahan pula tak bawa. mungkin kena DATANG LAGI!


Ini pula taman rekreasi air bagi yang sukakan aktiviti menggelungsur air. Boleh tahan juga tingginya. Kalau anda ada penyakit gayat , tak payah naiklah. Duduk aje kat pondok tu, tengok orang lain main...


Zoo - Siri 3

Pejalan kaki yang di sediakan untuk kemudahan para pengunjung menyusuri kandang-kandang binatang buas. Uniknya dinding kandang ini di perbuat daripada cermin, mencantikkan lagi pemandangan.

Harimau ini boleh dilihat dari atas jambatan gantung yang dibina di atas pokok-pokok dengan ketinggian lebih dari 20 kaki.
Pokok-pokok hutan dan pokok ubat-ubatan tetap di pelihara agar pengunjung dapat mengenal dan mempelajari jenis-jenis pokok-pokok hutan.

Berjalan mengelilingi mini zoo ini memang agak memenatkan tapi kalau malas berjalan boleh naik trem yang di sediakan

Mendaki ke jambatan gantung terasa penatlah juga tetapi teruja nak berjalan di sepanjang jambatan gantung ini sambil melihat rusa yang berada di celah-celah pokok.


 Relax nampak Pak Belang ni. Puasa Ke ?

 Dah naik kenalah turun. Tidak puas rasanya melihat akar-akar pokok yang berbelit-belit.Kalau boleh bawa balik, boleh buat pokok perhiasan ni !


Pantai Teluk Kalong

Pantai Telok Kalong tidak kurang indahmya berbanding dengan pantai-pantai lain di Kemaman, Terengganu. Meskipun pantai ini tidak sesuai untuk mandi-manda, tetapi ia amat sesuai untuk bersantai bersama keluarga. Antara kemudahan-kemudahan yang di sediakan di Pantai Telok Kalong seperti surau, gerai makan, taman permainan dan pondok-pondok untuk pengunjung beristirehat.

Kelihatan Kolej Universiti TATI yang berdekatan dengan Pantai Telok Kalong. Keluarga yang ingin menziarahi anak-anak mereka yang belajar di TATI, datang dari dalam dan luar Terengganu, bolehlah singgah di Pantai Telok Kalong untuk melepaskan lelah.

Gerai makan antara kemudahan yang di sediakan di pantai ini

Keindahannya memukau mata yang memandang apatah lagi kalau memandu dari jauh, boleh melepaskan kepenatan bila berada di sini


Telaga Simpul

Hanya mengambil masa cuma 30 minit dari BandarKemaman, anda akan sampai ke Telaga Simpul yang kaya dengan sejarah mistiknya. Menurut cerita yang diketahui, Telaga Simpul ini wujud akibat aliran air yang mengalir dari atas bukit Pejabad dan mula bertakung di kaki bukit itu sehingga menjadi sebuah kolam atau di panggil telaga. Menurut kepercayaan, sesiapa yang ingin menggunakan air dari telaga itu mesti menyimpul hujung daun pandan yang tumbuh berhampiran telaga tersebut.Uniknya telaga ini meskipun berhampiran sekali dengan laut, airnya tetap tawar, sejuk dan segar hingga kini. Menurut cerita orang dulu-dulu, telaga ini menjadi tempat mandi-manda serta tempat persinggahan pelayar-pelayar mengisi air bekalan. Kalau dulu telaga ini berdindingkan tanah namun kini di kelilingi batu- bata untuk memudahkan para pengunjung.

Kalau nak tahu cerita yang lebih lanjut lagi, bacalah penerangan yang ada di situ.
Airnya tidak pernah kering, tawar, sejuk dan segar boleh di rasai hingga kini

Berbagai kemudahan yang di sediakan di sini termasuk surau, taman permainan dan kedai makan.

Infrastruktur yang di sediakan dan terletak berhampiran dengan laut menjadi tarikan utama ke Telaga Simpul

Sungai Kemaman

Kalau anda datang dari  bandar Dungun, sebelum memasuki bandar Cukai, anda akan melalui jambatan yang merentasi sungai Kemaman yang menjadi kebanggaan warga tempatan. Di tepi sungai ini terdapat taman rekreasi untuk para pengunjung atau pelancong menikmati panorama indah sungai Kemaman. "Sambil berehat, hulur-hulurlah joran tu, manalah tahu, rezeki menyebelahi kita."

 Mata kail gergasi yang anda saksikan ini menghiasi lanskap di tepi sungai Kemaman, menjadi mercu tanda bagi kaki pancing. Kalau ikan JAWS tengok ni, awal-awal dah mengucap


Di sepanjang tebing sungai ini, terdapat sangkar-sangkar ikan yang di usahakan oleh penduduk tempatan

Kaki-kaki pancing tidak akan melepaskan peluang untuk mencuba nasib memancing ikan di sungai ini. Yang pastinya para pemancing tidak akan balik dengan tangan kosong kerana sungai yang belum tercemar ini menjanjikan hasil yang lumayan

Memancing sambil bersantai di bawah pondok dan wakaf yang di sediakan

 

Kalau tak sempat nak balik panggang ikan yang di pancing, singgah aje di restoran ini untuk menjamu selera.Kedudukannya yang berada di atas air sambil bertemankan angin sepoi-sepoi bahasa betul-betul membuka selera