Tarian Balai
Tarian Balai merupakan sejenis tarian Melayu tradisional yang berasal dari daerah-daerah di negeri Terengganu. Tarian ini ditarikan oleh gadis-gadis kampung dalam bentuk simbolik seperti melakukan pekerjaan sawah. Penari-penari akan menari mengelilingi balai, iaitu sejenis payung panjang berwarna-warni yang diletakan di bawah gelanggang. Payung ini mungkin merupakan simbol pemujaan semangat padi. Masyarakat Melayu di Terengganu sememangnya kaya dengan budaya dan adat. Di Terengganu, terdapat beberapa jenis teater tradisional Melayu yang dikenali sebagai Rodat, Teater Nur Sakti dan Tarian Pulai. Persembahan Makyong Kelantan dan Wayang Kulit Kelantan yang disampaikan dalam Bahasa Melayu loghat Kelantan juga boleh ditemui di Terengganu.Tarian Gamelan
Gamelan diperkenalkan ke Pahang ketika pemerintahan Sultan Ahmad Muadzam Shah. Tengku Ampuan iaitu Wan Fatimah telah meningkatkan muzik gamelan dan diikui oleh isteri kedua Sultan iaitu Che Bedah. Puteri mereka iaitu Tengku Meriam telah berkahwin dengan Sultan Sulaiman dan telah membawa gamelan ke Terengganu. Muzik ini dimainkan dalam majlis formal dan tidak formal di istana dan untuk mengiringi joget Pahang. Pemuzik gamelan terdiri daripada lelaki seramai sembilan orang dan penarinya adalah wanita seramai enam orang. Alatan muzik yang digunakan ialah Gong Agong, Gong Sawokan, Gendang Ibu, Gendang Anak, Saron Pekin, Saron Baron I dan Saron Baron II, Gambang serta Kenong.Tarian Rodat
Hingga ke hari ini belum dapat dipastikan dengan tepat bilakah Permainan Rodat ini bermula di Terengganu. Mengikut para-para guru rodat di Terengganu, asal Rodat yang sebenarnya ialah dari Timur Tengah. Ini berdasarkan lagu-lagu yang dinyanyikan adalah disalin daripada Kitab Hadrah, begitu juga dengan Rebana Tar yang digunakan hampir sama dengan rebana Hadrah.Tarian Anak Burung Baniong
Tarian Anak Burung Baniong berasal dari Kampung Kuala Jingai, Hulu Dungun, Terengganu. Tarian etnik ini juga dikenali sebagai Tarian Saba. Para penari melakukan tarian di sekitar pohon Saba diiringi muzik tradisional dan bunyian yang dihasilkan dari buluh disebut 'Kumbang'. Tarian ini pada asalnya ialah tarian ritual, tetapi sekarang ini ia ditarikan hanya demi seni dan hiburan. Tarian itu adalah gabungan dari tiga bentuk seni, iaitu lagu, muzik dan tari. Alat muzik tradisional seperti Anak Ambang (Buluh), Anak cerating, rebana (drum besar) dan Seruling (flute) menjadikan orkestrasi muzik, sedangkan lagu yang dinyanyikan dalam ayat kontemporari.Tarian Ulek Mayang
Tarian Ulek Mayang adalah tarian pra-Islam yang disertai dengan nyanyian dan muzik. Ia berasal dari sebuah pulau terdekat yang tidak diketahui di mana. Ia seperti orkestra Melayu yang terdiri daripada drum, gong, biola dan accordian digunakan (Shafiee Ahmad 1992). Tarian Ulek Mayang adalah tarian menyembah dalam tarian Malayu. Tarian dimulakan dengan orang yang mendapat sakit sama ada ketika dia menangkap ikan, bekerja di sawah atau kegiatan sehari-hari lain dalam masyarakat. Pesakit kemudian akan disembuhkan oleh bomoh dengan cara tradisional. Tujuh pelakon berpakaian cantik mewakili 7 putri yang datang untuk melawat pesakit ketika bomoh itu mengubatnya. Kemenyan akan dibakar disertai dengan pantun dan tarian sepanjang ritual tersebut. Kadang-kadang rebab dan seruling juga digunakan untuk mengiringi nyanyian yang dalam bentuk sajak dan puisi. Meskipun suatu ketika dahulu Tarian Ulek Mayang pernah dilakukan untuk upacara ritual masyarakat Melayu dengan tarikan gerakan yang lembut dan anggun, ia kini telah menjadi salah satu tarian tradisional yang indah dalam budaya Terengganu. (Alih bahasa)Rujukan: http://www.tourism.terengganu.gov.my/cultural/