21 September, 2010

Keropok Lekor

Keropok Lekor memang sudah tidak asing lagi bagi penduduk Terengganu bahkan kepada pengunjung luar.Ia menjadi makanan ringan pada waktu petang. Boleh dimakan dengan hanya merebus dan boleh juga digoreng. Keropok lekor ini di perbuat daripada isi ikan dan di campur dengan tepung sagu. Kalau anda berkunjung ke Terengganu, pusat penjualan keropok yang tidak asing lagi ialah di Kampung Losong dan Kampung Seberang Takir. Anda bukan hanya boleh membeli keropok lekor tetapi juga keropok keping dan keropok segera. Keropok-keropok Terengganu telah terjual di seluruh negara bahkan telah di eksport ke luar negara.