22 September, 2010

Lemang Kijal

Lemang Kijal memang sudah tidak asing lagi bagi penduduk  Negeri Terengganu. Lokasinya yang berada ditepi jalan utama dari Kemaman ke Kuala Terengganu menjadi tempat persinggahan bagi penggemar lemang. Deretan kedai-kedai menjual lemang ini menghiasi di kiri dan kanan bahu jalan. Di musim-musim cuti sekolah atau musim perayaan lokasi ini menjadi begitu meriah dengan deretan kereta-kereta pembeli menunggu lemang dibakar.

Deretan kedai-kedai yang menjual lemang. Bukan sahaja pada Hari Raya tetapi lemang ini dijual pada setiap hari dari pagi hingga malam

Keluarga saya pun tidak pernah ketinggalan singgah membeli lemang bila saja melalui jalan Kemaman - Kijal

Bukan saja lemang yang dijual di sini, serunding juga tidak ketinggalan di jual untuk dimakan bersama lemang Kijal