22 September, 2010

Pantai Kemasik 1

Selapas 15 minit memandu dari bandar Cukai, sebaik sahaja melepasi Pantai Kijal , anda akan melalui pula satu lagi pantai yang tidak kurang menariknya iaitu Pantai Kemasik. Kalau nak di ikutkan ,masuk aje ke Negeri Terngganu pantai-pantai yang menarik telah sedia menanti anda. Lokasinya yang tidak jauh dari jalan utama akan menarik perasaan anda untuk singgah menikmati panorama Pantai Kemasik. Kalau nak cerita pasal keindahan, susah nak di gambarkan. Jadi, datanglah sendiri ke Pantai Kemasik untuk menikmati keindahannya.

Mercu tanda yang terdapat di pesrimpangan jalan untuk masuk ke Pantai Kemasik. Bila nampaknya mercu tanda ini terus belok masuk ke Pantai Kemasik

Kalau terasa panas boleh berteduh di bawah pokok ni. Hamparkan tikar dan anda akan terus lena di buai mimpi indah dengan tiupan angin laut Pantai Kemasik

Hamparan batu-batu yang mengindahkan lagi pemandangan di Pantai Kemasik

Pondok-pondok untuk beristirehat juga turut di sediakan untuk kemudahan para pengunjung

Badan yang penat kembali segar bila mendengar deruan ombak yang memecah pantai


Taman permainan untuk kanak-kanak bersuka ria