01 September, 2010

Bazar Ramadan Dataran Syahbandar

Alhamdulillah ,syukur ke hadrat Allah dipanjangkan usia kerana masih dapat menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang mulia tahun 2010 ini.Macam biasalah ,bila tiba musim Ramadhan ,peniaga-peniaga kuih dan lauk-pauk akan timbul seperti cendawan tumbuh di musim hujan.Bazar Ramadhan di Dataran Syahbandar merupakan salah satu bazar ramadhan yang terbesar di KT.Carilah apa saja jenis kuih atau lauk-pauk dari tradisional hingga ke moden ,semuanya ada.Tengok aje kuih muih dan lauk pauk kat situ dah meleleh air liur.