29 August, 2010

Sejarah Bukit Puteri

Kalau anda ke Kuala Terengganu, jangan lupa mendaki Bukit Puteri untuk menikmati panorama yang menarik dengan hembusan angin yang nyaman. Lokasinya ialah berhampiran dengan Istana Maziah dan Pejabat Pos Besar Kuala Terengganu. Ianya tersergam indah kerana berada di kemuncak bukit yang menghala ke sungai Terengganu. Mengikut sejarah, bukit ini pada abad ke 19 telah menjadi rebutan dan medan pertempuran beberapa pihak untuk menguasai pentadbiran Kuala Terengganu. Antara artifak dan monumen yang masih ada di Bukit Puteri ialah Genta (Loceng Besar), Meriam Beranak, Tiang Bendera, Rumah Api, Kubur dan kubu pertahanan.

Monumen yang menceritakan sejarah Bukit Puteri.

Kubu Pertahanan di anatara bangunan peninggalan yang masih terdapat di kemuncak Bukit Puteri.

 Sejarah Bukit Puteri yang boleh di baca untuk meluaskan pengetahuan tentang sejarah-sejarah yang terdapat dalam negara kita

Didalam pondok ini terdapatnya Genta (loceng Besar ).


Lubang yeng menyimpan ubat bedil untuk di masukkan de dalam meriam.

Sejarah tiang bendera yang ada di atas Bukit Puteri



Rumah Api yang menjadi panduan pelaut memasuki pelabuhan ketika itu.


Makam Syed Yasin. Kalau nak tahu lebih lanjut siapakah dia, kena datang tengok dan baca sendiri sejarahnya.