Pantai Teluk Marina terletak di Kemaman Terengganu. Dari bandar Chukai anda akan mengambil masa lebih kurang 15 minit untuk sampai. Pokok-pokok rhu yang tersusun indah menggamit pengunjung untuk terus menghirup udara segar di tepi pantai ini. Pengunjung boleh memilih samada membawa tikar sendiri untuk berkelah tau duduk bersantai di pondok-pondok yang di sediakan. Bagi yang suka memancing, jangan lupa membawa joran bersama kerana batu-batu yang terdapat di tepi pantai adalah tempat permainan ikan-iakan kerapu.
Berkelah bersama keluarga lebih mengerat tali kekeluargaan
Kenderaan anda boleh di letakkan di bawah pokok-pokok rhu ini
Pengunjung akan lebih ramai bila tiba hujung minggu
Bersantai sambil membawa bekalan lebih menyeronokkan
Pemandangan yang indah lebih lagi apabila senja hampir menutup tirainya