Kekadang kalau minda sudah terasa penat untuk mentelaah pelajaran, terasa juga untuk beristirehat di suatu tempat yang sejuk sambil menghayati deruan air terjun yang menyegarkan. Hutan Lipur Sekayu adalah satu pilihan yang bijak untuk destinasi percutian bersama keluarga. Hutan Lipur ini meskipun jauh dari bandar iaitu 16 km dari bandar Kuala Berang dan 56 km dari pusat bandar Kuala Terengganu, namun amat berbaloi kalau datang berkelah di sini. Kalau di hari biasa hanya nyanyian cengkerik yang kedengaran, tetapi berlainan dengan hari minggu dan pada cuti umum. Ia akan di penuhi dengan pengunjung untuk berkelah dan mandi-manda. Di antara infrastruktur dan kemudahan-kemudahan berekreasi yang telah disediakan seperti tempat penginapan, tapak perkhemahan, taman permainan, pondok rehat, kebun buah-buahan, kolam ikan dan sebagainya.
Pintu gerbang di pintu masuk ke Hutan Lipur Sekayu menandakan kita telah sampai ke destinasi
Sampai saja anda di bandar Kuala Berang, anda boleh belok ke Persimpangan Sekayu
Setelah meletakkan kenderaan anda di tempat yang disediakan,anda perlu menapak untuk sampai ke air terjun
Sebelum mandi salinlah pakaian dulu, takkan nak terjun dengan baju kurung kot !
Sungguh sejuk dan nyamannya air terjun Sekayu.Tentu tak puas kalau sekali berkunjung