22 September, 2010

Pantai Teluk Mak Nik

Pantai ini terletak 150km dari Kuala Terengganu tetapi hanya 2km dari Bandar Cukai, Kemaman.Pantai Teluk Mak Nik amat sesuai untuk beriadah bersama keluarga atau berkelah bersama rakan-rakan. Pantai yang di katakan memperoleh namanya dari seorang bidan kampung yang menetap di pantai tersebut selama hampir 100 tahun, pernah menjadi lokasi penganjuran Sukma 2008

Selain untuk beriadah, pantai ini juga sesuai untuk memancing bagi yang mereka yang suka memancing di pantai. Kalau anda bernasib baik, anda akan dapat melihat penyu mendarat di pantai dan bertelur kerana kawasan ini juga di wartakan sebagai kawasan pendaratan penyu

Lepak-lepak dengan kawan-kawan kat tepi pantai memang seronok. Pekena pula keropok lekor dengan ABC. Best Gilerrr....


Taman permainan yang menjadi kegemaran kanak-kanak juga turut di sediakan bagi merehatkan minda selaepas penat mentelaah pelajaran