22 September, 2010

Bazar Ramadan Taman Geliga

Bazar Ramadhan Taman Geliga betul-betul terletak di tepi jalan perumahan Taman Baiduri dan jalan masuk menuju ke Kuala Kemaman. Tapi anda perlu berhati-hati ketika nak memilih juadah, kerana kedudukannya di tepi jalan,dengan kenderaan yang lalu lalang menjadikan ia sesak. Silap-silap haribulan berbuka kat hospital.

Deretan gerai-gerai yang menjual bermacam-macam juadah untuk berbuka puasa. Bila perut tengah lapar, semua benda nak beli. Bila dah kenyang, tengok pun tak nak !


Kuih-muih dan lauk-pauk ni, tambah lagi bau ikan dan ayam bakar, membuatkan perut tambah berkeroncong 
Kalau malas nak bejalan kaki, berbelanja kat atas motosikal pun jadi jugak !