01 September, 2010

Bazar Ramadan Pengadang Baru

Penggemar kuih-muih, lauk-pauk dan bermacam jenis air untuk juadah berbuka puasa, bolehlah berkunjung ke Bazar Ramadhan Pengadang Baru. Terletak di tepi jalan utama Kuala Terengganu- Kuala Berang menjadikan ia tumpuan pengunjung terutama waktu balik kerja.Kalau tak sempat nak balik masak, berhenti saja kat bazar ni. Tunjuk aje mana-mana kuih dan lauk pauk yang mahu.


Dari tepi jalan ni, dah dapat bau ikan bakar dan ayam golek

Kuih apalah agaknya yang di kerumun oleh pengunjung ni ?
Bila perut tengah lapar, semua kuih muih ni nampak macam sedap belaka