SPM Oh SPM
Datangmu tahun demi tahun silih berganti
Dup dap dup dap jantungku bergetar
Menanti kunjungmu yang tak lama lagi
Ku selak lembaran-lembaran demi lembaran
Buku-buku dan nota-notaku yang bertaburan
Tidurku tidak lagi keruan
Membilang hari yang penuh debaran
Ku panjatkan doa pada Ilahi
Moga usahaku di berkati
Kejayaan cemerlang yang ku impi
Tangga universiti yang menanti
Amin................
17 October, 2010
22 September, 2010
Pulau Redang
Pulau Redang adalah di antara 10 pulau yang terindah di dunia.Terletak kira-kira 45km dari pinggir pantai Kuala Terengganu. Untuk sampai ke Pulau Redang, pengunjung perlu menaiki bot dari jeti Merang atau jeti Kuala Terengganu. Perjalanan akan mengambil masa selama 1 jam dari jeti Kuala Terengganu dan 50 minit dari jeti Merang.Pulau Redang memang terkenal dengan kecantikan batu karangnya.Bila matahari bersinar memancarkan cahaya menembusi air laut, kelihatan jelas terumbu karang yang beraneka jenis dan ikan -ikan yang berwarna-warni. Bagi yang gemarkan aktiviti menyelam atau skuba, di sinilah tempat yang paling sesuai untuk mempraktikkannya.Antara aktiviti lain yang di tawarkan di sini ialah berenang, menyelam, snokel, menaiki keno dan menaiki bot. Oelh kerana Pulau Redang telah di wartakan sebagai taman laut, aktiviti memancing tidak dibenarkan di sini sejauh 3.2km.
Labels:
Pulau Redang
Subscribe to:
Posts (Atom)